Tuesday, 11 October 2011
Kristal di mata Islam
APAKAH hukumnya jika kita mempercayai batu kristal ada aura yang boleh mengubati penyakit atau manfaat tertentu kerana saya lihat ramai orang memakainya sebagai gelang. Saya pernah terbaca bahawa Islam menyaran umatnya mencari kaedah rawatan bagi sesuatu penyakit.Adakah ia bertentangan dengan Islam?
JAWAPAN
ALLAH tidak pernah mencipta sesuatu di dalam alam ini dalam keadaan sia-sia atau tiada manfaat.
Hanya ilmu manusia yang masih cetek dalam mencari rahsia alam ini.
Begitu juga dengan batu batan ciptaan Allah, mempunyai rahsia tersendiri.
Pada zaman Nabi Muhammad saw, wanita memakai gelang diperbuat daripada bahan-bahan rempah ratus Kerana percaya ia ada khasiat tertentu.
Oleh itu, memakai gelang kristal kerana mahu mendapatkan khasiat yang ada padanya adalah harus.
Yang haram ialah memakainya dengan niat menjadikannya sebagai tangkal yang dipercayai boleh menolak bala atau mendatangkan laba
APA ITU KRISTAL......................
PENGENALAN
Dalam agama Islam batu yang paling terkenal, adalah batu hitam dari mekah yang di sebut Hajar Aswad. Di katakan pada mulanya batu ini berwarna putih bersih dan menjadi hitam kerana dosa-dosa manusia.Tetapi di percayai di bahagian dalamnya masih putih berkilau.Di katakan ketika Adam dan Hawa turun ke dunia, sebuah batu istimewa mengikuti mengikuti bersama-sama mereka.Pada zaman Nabi Noh berlaku banjir besar,batu ini kembali ke Surga.Kemudian di beri kepada Nabi Ibrahim oleh malaikat Jibril.Nabi Ibrahim menempatkan pada satu sudut arah tenggara Kaabah di Mekah.Hajar Aswad akhirnya di ambil dari Mekah oleh orang "Karamiah"(sebuah sekte yang memutarbelitkan nilai-nilai fudamental Islam).Setelah dua puluh tahun di tangan mereka Hajar Aswad di kembalikan lagi.Batu ini juga di sebut sebagai Tangan kanan Allah dibumi. Sangat di hormati oleh orang muslim.
Pandangan sekilas terhadap sejarah kristal cukup untuk memunculkan gambaran pola global kepada sesuatu kepercayaan.Kristal adalah ciptaan Tuhan yang tercantik yang menggabungkan warna dan bentuk. Kristal mempunyai corak tenaga yang unik yang membolehkan kita merawat dan menseimbangkan diri kita. Sejak beribu-ribu tahun dahulu manusia telah menggunakan tenaga penyembuhan kristal ini . Tenaga kristal ini terlalu kuat dan potensinya untuk menyembuhkan penyakit tidak boleh dipandang ringan. Tenaga kristal yang dinamik ini adalah hasil daripada kombinasi dari ciri-ciri fizikal dan metafizikal kristal tersebut yang mana mengambil masa berjuta-juta tahun untuk menerima tenaga yang terpancar dari dalam bumi (dalam masa 200 juta tahun dahulu) yang membolehkan proses kebolehan penyembuhan kristal tersebut.
Secara teorinya, apa yang membuatkan kristal tersebut berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga yang diingini adalah disebabkan oleh grid kristal. Grid adalah pembentukan garisan-garisan yang membentuk satu tenaga kuasa yang kuat (Life Force energy). Grid kristal adalah sangat effektif di dalam mencapai hasil yang dikehendaki bergantung kepada tenaga yang kuat di dalam kristal dan apa program yang telah diprogramkan ke atas kristal untuk mencapai sesuatu tujuan.Program kristal ialah satu cara yang digunakan untuk memancarkan aura pada kristal,Krista akan membelah cahaya aura (sebagai mana segi tiga prisma membelah cahaya matahari kepada tujuh cahaya utama yang merupakan cahaya asas kepada pelangi) untuk menseimbangkan aura tubuh manusia.Hasilnya keseimbangan akan wujud dalam tubuh manusia.
Satu daripada kegunaan grid kristal adalah untuk mengeluarkan tenaga positif (sheng qi) kedalam persekitaran kediaman kita. Ini adalah untuk mengubah dan mengekalkan tenaga (feng-shui) kawasan tersebut. Tambahan pula grid kristal akan membawa Kuasa Hayat (Life Force) ke dalam kawasan persekitaran.Ramai manusia purba menggunakan kuasa kristal ini. Pada masa sekarang manusia menggunakan kristal untuk tujuan pembelajaran, alat untuk keceriaan dan alat penyembuhan.Bilakristaldiletakkan di atas komputer, kristal adalah berguna untuk melindungi pengguna komputer daripada pemancaran radiasi yang amat menyakitkan dari komputer tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment